Monday, 1 August 2016

yes

Sebenarnya, sekolah agama atau tidak, ambil kos agama atau tidak, ia bukan kayu ukur kebaikan seseorang.

Allah hanya akan beri hidayah untuk orang yang IKHLAS NAK BERUBAH.

Tak kira dia sekolah agama atau tidak.

Saya ada jumpa orang yang ambil kos agama tapi jatuh dalam zina. Saya juga pernah jumpa orang yang ambil medic tapi amat hebat dalam dakwah dan Tarbiah.

Juga,

Saya pernah jumpa orang yang ambil kos agama dan dia sangat hebat dalam dakwah tarbiah, juga pernah jumpa orang yang tak ambil kos agama, menentang dakwah dan lalai dengan maksiat.

Akhirnya, ia bukan soal sekolah agama atau tidak.

Kerana, Salman Alfarisi pernah berkata:

"Sesungguhnya tempat tak menyucikan seseorang. Yang menyucikan seseorang adalah AMALANnya.."

Kerana itu, di mana pun tempat kita berada, samada di dalam suasana agama atau tidak, carilah Allah.

Dan, kepada pelajar agama, hargailah nikmat belajar agama yang Allah dah kurniakan pada korang. Hargailah...

Tak semua berpeluang dapat belajar macam korang. Gunakanlah peluang itu untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah serta bimbing orang lain.

Jangan kufuri nikmat itu.

Ingat..

Ada orang yang duduk dalam lingkungan maksiat, tapi hatinya benci pada maksiat.

 Ada orang yang duduk dalam lingkungan agama, tapi hatinya rindu pada maksiat....”

🌺 Tepukdadatanyaiman
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment